Salam Perkenalan
Anggun Enterprise adalah syarikat pembekal makanan sejuk beku, tempahan kek khasnya kek harijadi, perkahwinan, katering dan perniagaan ais kisar. Syarikat ini sudah beroperasi lebih 5 tahun yang mana pengusahanya adalah Puan Haslinda Ismail, dan suaminya Encik Jaya Shahputra. Sejak mula ditubuhkan, mereka yakin bahawa perniagaan ini mampu menambat hati jiran-jiran, dan masyarakat sekeliling terutamanya yang sibuk bekerja dan tidak mempunyai masa untuk menyediakan juadah pagi dan petang buat keluarga. Dengan berkat usaha dan kegigihan beliau dan suami, Alhamdulillah perniagaan ini sudah mula berkembang dan berjaya membuka satu cawangan di sekitar Kuala Lumpur.
Jelajahilah dunia Anggun Enterprise!!